'' AIR MATA adalah salah satu cara untuk mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagian.''

Wednesday, 26 October 2011

Kisah Seorang Kanak-kanak Lelaki Buta


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
Credit: AkuISLAM.com

Saturday, 22 October 2011

Persahabatan adalah ikatan yang sempurna sebelum dan sesudah manusia mengenal dunia...

Tuesday, 18 October 2011

Dalam Hati Siapa yang Tahu

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. 
Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.
Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

credit:akuislam.com

Friday, 14 October 2011

aku hanya perlu jadi diri sendiri !!!
jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang lain..

Saturday, 1 October 2011

Indahnya persahabatan karena ALLAH ... Menjaga hati, kata, perasaan, saling menghormati dan tolong menolong Dikala ia jauh saling mendoakan ... Dikala sedih dan senang ia selalu berbagi dan menghibur ... Dan saat bertemu dengan seorang teman yang di percaya rukunlah bersamanya Karena seumur hidup manusia teman sejati (sahabat) tak mudah untuk ditemukan.

Friday, 1 July 2011



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambil masa untuk
memahami hati & perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia..
dia juga ada rasa takut,
ada rasa…bimbang, sedih & kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumnya itu,
Mungkin banyak cerita sedih,
disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu…tetapi
Jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.. J
 

Wednesday, 22 June 2011

"Aku teringin nak masuk syurga"
"Siapa yang tak nak?"
"Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?"
Chad sengih."Jom ambil air sembahyang."

(Hlovate, Contengan Jalanan (I-Fend), 2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...