'' AIR MATA adalah salah satu cara untuk mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagian.''

Saturday 31 December 2011

wishing for a better 2012 (✿◠‿◠) 
i want to be happy ...enjoy my life as Allah slave, as daughter, as student .. 
ok! list to fullfil this year ,
- buy my 1st smartphone!! hee..
n for sure la..
- waiting for the comeback of THSK ~ AKTF!
and this is must every year,
- Waiting for Allah call..  only He know how much i want go for umrah and perform hajj soon!~ Insyaallah 
Goodbye 2011~ welcome 2012~


9:27pm~

Friday 30 December 2011

always keep the faith。♡

#It’s a Cassie thing.
"hold onto that little hope no matter how fragile it might be because cassiopeia will always exist as long as there is someone who will call themselves a cassie."


Thank you for all these precious years. I will treasure them forever and I’m looking forward to seeing more of you five in the future. I will keep the faith.


#bang my head to the wall..omg sun!!
what i/m doin?!  back to old habit.. haish @__@ 

Monday 26 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Best Friend Till Jannah

This video is awesome~!! wanna shared this with my Sweet Bishoujo <3!! 

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab.

May our friendship lead us to Jannah~!! Insya'allah..

Saturday 24 December 2011

3yearswithTVXQ

The other side of me..im CASSIOPEIA~!!
TVXQ are my musics...
Officially it's 3 years for me...
Always keep the faith (✿◠‿◠)

The Sunnah of Love

http://muslimmatters.org/2011/10/28/yahya-ibrahim-the-sunnah-of-love/


Masya'allah..beautiful article by Yahya Ibrahim. 
really enjoyed reading this..




That is the Sunnah of Love.  You look after the near, even if it may inconvenience the far.
You would have heard that the Prophet ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam mended his own shoes at times. What you may not have heard was how once as he was sitting in a room with ‘Aisha raḍyAllāhu ‘anha fixing his shoes, ‘Aisha happened to look to his blessed forehead and noticed that there were beads of sweat on it. Mesmerized by the majesty of that sight she remained transfixed staring at him long enough for him to notice.
The Prophet ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam said, “What’s the matter?” She replied, “If Abu Bukair Al-Huthali, the poet, saw you, he would know that his poem was written for you.” The Prophet ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam asked, “What did he say?” She replied,
“Abu Bukair said that if you looked to the majesty of the moon, it twinkles and lights up the world for everybody to see.”
So the Prophet ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam got up, walked to Aisha, kissed her between the eyes, and said,
Wallahi ya Aisha, you are like that to me and more.”

Sunday 20 November 2011

Nasib Badan

Assalamualaikum, salam Isnin...
Apalah nasib badan hari ni..
kelas jam 10 am terlewat pula 15 min....alamatnya kena kuncila..
yang aku heran tak pernah2 pula ust nak kunci pintu...mungkin mood tak baik kot~

oklah tak masuk kelas tutorial undang2 keluarga islam satu hal..terus pergi kelas bhs arab dengan semangatnya..TIBA2???! kelas batal pulak..haish penat ja datang..huu

ok masa balik terus pergi cafe..TIBA2???!! jam putus pulak dahh sekali dengan henset2 aku jatuh berderai atas lantai,
adess!! jam kesayangan ku, import dari jauh tu...huhu

dah sampai cafe nak beli makanan...TIBA2??! grr~ mana purse ni??
tak bawa rupanya...
Masyaallah~ nasib lah jumpa cik bingkisan cintaku ..pinjam duit! tq eh ^___^ nanti saya bayar ye.

Apa pun hidup perlu diteruskan FIGHTING ne!!

Jangan jadi perigi buta

Jangan jadi perigi buta.Sudahla buta, kontang lagi.

A: 'tapi aku tak boleh hidup sorang mcm ni'!!
B: 'mmglah tak boleh selagi kau tak bergantung pada yg tak mati'!

Friday 18 November 2011


“You'll never reach perfection because there's always room for improvement.Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.” 

Thursday 17 November 2011

Silent is Loud

Alhamdulillah!!
Jumaat bakal menjengah lagi J
Minggu ni dihiasi dengan perasaan yang macam-macam..
Terkilan,kecewa,sedih dan sedikit gembira kot =,=
Sungguh! kecewa bila orang cakap aku dah berubah..YA KE ?!
AKU TAK PERNAH BERUBAH pun!!
mungkin dia yang dah berubah?! tapi dia tak pernah sedar..
Sungguh! sedih bila ada yang menyalahkan aku sedangkan aku sendiri pun tak tau salah apa.

Belajar Merendam Rasa Tersinggung | Aku ISLAM

Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung. Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.

Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita
InsyaAllah. Pasti.

 Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/belajar-merendam-rasa-tersinggung/#ixzz1dxAgQ4AF

Tuesday 1 November 2011

Penawar Sakit Hati


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu.
Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki pun pupus.

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun berleluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan saudaranya.
Dia mengatakan macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik.
Tentu, hal ini  yang tidak benar
Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Credit:AkuISLAM

p/s: tahukah kau tak boleh bermasam muka lebih dari 3 hari?? tlg lah terima kekurangan orang lain sbb diri sendiri pun tak sempurna... jangan ingat hati sendiri dah sangat sakit sedangkan hati2 orang sekeliling kau tak jaga.. tlg sedar tingkah laku kau yang amat tak menyenangkan org sekeliling...
Allah! ampunkan dosa hamba2-Mu..

Friday 28 October 2011

Penceraian di bawah Ta'liq atau Janji

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003,
Seksyen 50:

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat penceraian menurut syarat-syarat surat   perakuan ta'liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada mahkamah untuk menetapkan bahawa   penceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat satu penyiasatan mengenai sahnya penceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa penceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak,hendaklah mengesahkan dan merekodkan penceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Lafaz Ta'liq:

'' Saya mengaku apabila saya meninggalkan isteri saya __________ selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama  tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia memberi Mahkamah Syariah menerima bagi pihak saya RM10, maka ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khul'ie.''

  • Lafaz Ta'liq ini akan dibaca oleh suami selepas berlaku akad perkahwinan kerana sebarang perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan tidak akan dikira.
  • Mengikut Imam Syafie, lafaz ta'liq boleh ditarik balik manakala mengikut hukum syarak lafaz ini ialah lafaz yang dibuat secara sukarela.
  • Oleh itu, suami mesti berpegang pada janji yang telah dibuat berdasarkan surah Al-Maidah ayat 1.
          '' wahai orang-orang beriman! penuhilah janji-janji....."
  • Janji di sini adalah janji setia hamba kepada Allah dan perjanjian yang dibuat oleh manusia dalam pergaulan sesamanya.
  • Berbalik kepada lafaz ta'liq tadi, jika suami melakukan keganasan , ia belum ditentukan sebagai syarat ta'liq. Isteri terlebih dahulu perlu :          
  1. mengadu kepada mahkamah dan sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah
  2. memberi Mahkamah Syariah RM10                                             
  • Selepas semua prosedur itu, maka akan tertalaq isteri dengan talaq khul'ie (talaq bain sughra yang perlu akad nikah baru).
Konklusinya, suami yang memahami agama tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada isterinya kerana ketika akad nikah berlaku suami sudah faham akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Jika selepas perkahwinan suami mengabaikan tanggungjawabnya maka isteri berhak untuk menuntut cerai, itupun setelah melalui prosedur yang ditetapkan.

Wallahu'alam.
[nur atika_1740]

Wednesday 26 October 2011

Everything has it’s beauty,but not everyone see it…

Be thankful for who you are, despite of how you look, be thankful for what you have as Allah SWT has given you what is the best for you, be thankful and stop comparing yourself with other people have and feel enough with what you have will make you the richest person on earth..

Kisah Seorang Kanak-kanak Lelaki Buta


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
Credit: AkuISLAM.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...