'' AIR MATA adalah salah satu cara untuk mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagian.''

Friday 28 October 2011

Penceraian di bawah Ta'liq atau Janji

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003,
Seksyen 50:

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat penceraian menurut syarat-syarat surat   perakuan ta'liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada mahkamah untuk menetapkan bahawa   penceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat satu penyiasatan mengenai sahnya penceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa penceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak,hendaklah mengesahkan dan merekodkan penceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Lafaz Ta'liq:

'' Saya mengaku apabila saya meninggalkan isteri saya __________ selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama  tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia memberi Mahkamah Syariah menerima bagi pihak saya RM10, maka ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khul'ie.''

  • Lafaz Ta'liq ini akan dibaca oleh suami selepas berlaku akad perkahwinan kerana sebarang perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan tidak akan dikira.
  • Mengikut Imam Syafie, lafaz ta'liq boleh ditarik balik manakala mengikut hukum syarak lafaz ini ialah lafaz yang dibuat secara sukarela.
  • Oleh itu, suami mesti berpegang pada janji yang telah dibuat berdasarkan surah Al-Maidah ayat 1.
          '' wahai orang-orang beriman! penuhilah janji-janji....."
  • Janji di sini adalah janji setia hamba kepada Allah dan perjanjian yang dibuat oleh manusia dalam pergaulan sesamanya.
  • Berbalik kepada lafaz ta'liq tadi, jika suami melakukan keganasan , ia belum ditentukan sebagai syarat ta'liq. Isteri terlebih dahulu perlu :          
  1. mengadu kepada mahkamah dan sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah
  2. memberi Mahkamah Syariah RM10                                             
  • Selepas semua prosedur itu, maka akan tertalaq isteri dengan talaq khul'ie (talaq bain sughra yang perlu akad nikah baru).
Konklusinya, suami yang memahami agama tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada isterinya kerana ketika akad nikah berlaku suami sudah faham akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Jika selepas perkahwinan suami mengabaikan tanggungjawabnya maka isteri berhak untuk menuntut cerai, itupun setelah melalui prosedur yang ditetapkan.

Wallahu'alam.
[nur atika_1740]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...